buAt bODo suDaaaa....

buAt bODo suDaaaa....
i'M tiReD oF tELLing, SCreAminG aND sHOuTinG aBOut iT..AnD thiS, wiLL bE a SiMpLe Way tO eXPReSS aLL bOUt iT!!~

=)

Daisypath Happy Birthday tickers

aDer seSapeR yaNg nAk ikUt?

Wednesday, October 5, 2011

05.10.2011 → bukak bra pulak ker????

Sengal betol guard kat tempat keje aku ni....addduuuuhhh pepagi lagi dah buat hati panaaazzzzz.......

okay...untuk pengetahuan korg...
* 'KORANG' LAGI...adehh aaarrrggghhh lantak laaa aku tetap jugak nak guna word 'korang' tu...

okay...balik pada guard tu....untuk pengetahuan korang, kat kilang aku ni kalau masuk production kena scan bagai...siap scan finger print bagai....
Bila nak kuar pulak, kna scan finger print lagi and lalu metal detector....huh maka bermula laaaa citer sedey-segan-malu-jatuh-saham aku pada hari ni...adehhhh!`

okay....aku kalau setiap kali lalu bawah metal detector mmg akan berbunyi sebab aku pakai belt yg ader metal...hari² punya lalu...hari² punya bunyi...takder masalah after justify yg bunyi disebabkan belt...tapi hari ni tetiba guard tu cari pasal ngan aku bila menatang tu bunyi.....cisss....mmg c*bai tol laaa....aku takder hal kalau kena sound ke aper ker...ni dier suruh aku bukak belt aku dan dan tu jugak!~ MMg declare WAR ngan aku ni....

perrgghh muka aku menyirap seh masa tu....aku tgk blakang ramai gile org....

aku : biasa bunyi u akan check and u'll find that it is due to the belt....u can double check me now...

guard bodo1: takleh takleh! bukak jugak tali pinggang tu!

aku: takkan nak bukak kat sini skrg?
sambil tengok blakang...ramai gile tech and operator....babi!

guard bodo1: bukak belt tu...kalau tidak tak bole lalu....

OKAY FINE dalam hati....sambil bukak belt dengan muka malu!~
perrgghh bengang giler aku.....tambah perisa kebengangan aku.....penyebok menyampok!~

guard bodo2: adik, kalau mau bising²...u pegi bising dekat atas sana....

Aku: Isk..Auntie...saya tgh bukak ni kan...
sebelum melemparkan kata² nista and keji hina kat guard tu cecepat aku muhasabah diri.....isk..sabar sabar.....jgn marah²....jaga tatatusila...kat tempat baru ni......azam baru kan....
*pandai tak aku pujuk diri sendiri....

Dah tanggalkan belt sambil ditatapi oleh org² di sekeliling,  aku teruskan langkah melalui metal detector tu and hasilnya → takder bunyi....huh!~ nasib baik...kalau bunyi lagi nak check apa? kalau besi bawah bra yg mnyebabkn bunyi nak aku bukak bra plak ker?? b...o...d....o!~
tapi aku tetap mmberikan ucapan terima kasih pada dua² guard tu and senyuman.....
jalan ke office dengan senyuman TANPA TOLEH BELAKANG...

kalau ikut perangai panas aku mahu aku sembur jerk si guard bodo no 2 tu...adehhh....
mmg muka nak kna smack down...aku tgk dier dah cam semut jerk...nampak kecikkk dier hahahahahahha

dalam hati kuat menenangkan diri....
positive positive positive........

tapi biler pk balik..cam kelakar pun ader kan...hehehehhehehe
cheers!!!~

Monday, October 3, 2011

03.10.2011 → gILer...?GegILer...?GeLIGa??

Adeh...kepala hari ni ibarat dihantuk² dengan batu besar...huh!~ terlintas nak menaip kat sini tetapi malas dan kelaparan...namun begitu..berbekalkan lagu vindicated yg menemankan aku ni...aku titipkan juga taipan di sni...chewahhh!!!~

sangat² suka lagu ni....adeehhhh!~

okaay inap inap.....berbahasa basi plak...sakit perut plak kang....

okay...aku hutang banyak story ok kat sini....huhuhuh
*aduhhh perut berbunyi sehhh.....

okay FYI, aku dah tak keje lagi kat JB...now aku dah move ke luar negeri...ahahaha ayat macam nak mintak pelempang kan? hahahaha okay aper...keluar johor kira keluar negeri la kan..huahahahha so aku dah keje kat salah satu company kat nogori 9...ngeh ngeh ngeh
yaaa......aku dah kluar dari jb...finally....and menumpang mencari punca pendapatan di negeri orang..heheheh sayu gak sebenarnya...tapi aku kuatkan semangat meneruskan niat untuk berdikari di tempat org....

byk dugaan yg aku tempuh...8hb nanti genapkan 2bulan aku kat sini...hihihhi dari segi environment, tempat tinggal, kerja...kira segala²nya laa....ada jerk dugaan yg datang menyerpa...huhuhuh nk wat camaner kan....ni jalan yg ku pilih...nasib baik putera katak bantu sket²...kawan dier pun ada yg mmbantu jugak...dari side aku..?? errmmm...takder yg datang mmbantu...tapi biler aku dah setup sume, baru laaa datang menjenguk and komen²...huuh biasa laa kan...but nevermind...i know them that way...and i dont feel hestitate so far...at least diorg nk jugak datang jenguk aku kan...cuma putera katak laaa kengkadang tegur...aku paham dier nyer concern...tapi alaa pandai laaa aku pujuk dier kan...bagi dier tenang sket..hihihihihihhi

hmmMm...kerja pulak.....no Comment..cheewwaahhh gaya ala² fasha sanda gitewww...rasa glemer plak mak nok!~ hahahahha pelempang nak? hauhahahhaha

okay okay...kejer biasa lah hidup sebagai org baru...jadi tong sampah kerja laaa apa lagi hahahhhahaa smua keje aku kna buat...baik elok² aku kena jaga 1 part...dah beranak pinak dah...total 7anak dah aku ada hahahahhah layankan....kengkadang merintih jugak tapi huhuhuhuhu aku terima seadanya....huh ayat keciwa!~

errrmmm.....apa lagi update erk..?byk...tapi tak tahu nk tulis camana or yg mana...huahahhahahhahahhahhahah *sebenarnya tangan dah penat and perut dah kelaparan
hahahhahahhaha kirim org makanan ni...lagi sejam diorg balik bawak nasi daging kunyit utk aku santap...huhuhuhuh skrg dah tak stokin cam dulu...huuhu nak jaga perut...kenapa??? nnt aku citer lagi hahahhahahhahahahahahaha

cha chin chaw!!!~

cheers!~

Saturday, September 24, 2011

23.09.2011 → bERKuRUn LamA...giler bapak lama!!!

perrrgggghhhhhhhh *sambil buang sawang² - kat header...kat footer....kat profile pix...
adehhh.......nak kna sapu sampah...buang habuk....bagi mop sket....
hmMm..letak freshener hihihihihihihi aaaahhhhhh baru lega and lapang sket..

huhuhuhu lama giler tak jenguk blog ni. kalau makanan dah berkulat dah. Kalau kucingh dah beranak dah. kalau dah beranak????
adehhhhhh ader aku kesah hahahhahahhahahha

anyway, lama giler aku tak mengabdikan diri kat dunia bloging ni...[chewaahh cam active sangat jerk sebelom ni..hahahahha perasan].
1st bila aku berpeluang utk bukak blog setelah sekian lama menyepi ni...aku g cari AIN...
baca entry² dia untuk tahu perkembangan hidup dia. knapa? ntah aku pun tak tahu. maybe based on apa yang aku baca sebelum ni dia merupakan insan terpilih yg ALLAH sayang...banyak dugaan yg dier hadapi..hehehehe cam knal sangat jek aku kat dier kan hahahhaha lantak laaa ader aku kesah????

okay!!~ stop the crap!!~ pasni hopefully aku akan start typing balik...
banyak benda aku nak story kat sini...aku rasa laa...tggu dapat laptop baru jerk!~
harap² dalam minggu depan leh dapat hehehe

chan chin chaw!~~
Cheers!!!~

Wednesday, March 16, 2011

16.3.11 → AnDAi LeLaKi tAhu....

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.  

Wednesday, March 9, 2011

9.3.11 → iSteRi.......

Tanggungjawab seorang isteri TAAT Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW: Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW: Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa,sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.


okay...ayat kat atas ni aku petik dari slot mmber aku kat FB....

hmMMm....mmg dalam Islam seorg isteri mesti melayan and ikut cakap suami....tapi wajarkah sekira nyer kita masih lagi melayan and mnjaga husband yg di kategorikan sebagai lelaki jahat; macam kaki pukul ker....kaki pompuan kat luar ker....and mcm² kaki lagi...
hmMMmm......mmg laaa kalau diikutkan syurga balasannyer bagi isteri yg berkorban apa saja kat husband...tapi tak ke cam melampau kalau lelaki layan kita teruk, but still lagi kita nak jadi hamba diorg....lagi² kalau lelaki tu time nak mntak 'benda tu' jerk, mula laa rapat ngan isteri...waktu² lain perasaan isteri langsung tak si jaga nyer....hmMM....lagi teruk kalau time nak 'benda tu', asal boleh jerk...main redah jerk....perrrggghhh....aku cakap ni bukan nyer aper...sbb aku ader berkait rapat dengan org² yg mmpunyai pengalaman kena dengan suami yg macam ni...

isk...aper2 hal pun kalau ader nasihat atau pun pendapat, sila nyatakan di sini okay....
cheers!~

cLicK² → ChURp²