Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi ia mula mengalami masalah pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.Namun, Meow akhirnya mati pada 5/5/2012.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.
Nota Kaki: risau plak ngan tabby ni....addduuuhhhh.... masalahnya dier sangat malas nak senam...ajak jalan pun tak mau....dem dem dem...heheheh tapi kengkadang main kejar² ngan blacky...main kejar² bola...tu cukup tak...? ke tak cukup lagi...adduuuhhhh....risau ni....risau risau....
Nak celah sket...kat atas ada mention yg tuannya tak berupaya nak jaga si Meow ni...Masa dier bg pada pusat jagaan haiwan tu, takder rasa sedey ker...? isk...kalau aku mmg tak sanggup nk bagi Tabby Blacky tu kat org...sayang seh!!~
No comments:
Post a Comment