buAt bODo suDaaaa....

buAt bODo suDaaaa....
i'M tiReD oF tELLing, SCreAminG aND sHOuTinG aBOut iT..AnD thiS, wiLL bE a SiMpLe Way tO eXPReSS aLL bOUt iT!!~

=)

Daisypath Happy Birthday tickers

aDer seSapeR yaNg nAk ikUt?

Wednesday, September 5, 2012

05.09.2012 → KeRAk kEPaLa bABy..ApA pUNca? rAWatAn?


Tengah buat blogwalking, tetiba terbaca satu artikel menarik mengenai bayi yang baru lahir…iaitu masalah kerak kepala yang kelihatan di kepala bayi yang baru lahir…tgk tajuk kat artikel tu buat aku kompius…sbb seriously mmg tak pernah jmpe pun masalah camni…tak tahu pun kewujudan masalah kerak kepala ni…
*see?? Lagi banyak mmbaca,  baru lah kita tau yang kita ni tak tahu kan…??

Okay…so, aku ada re-typekan artikel tu kat sini…untuk dijadikan panduan..utk ko, aku and sesapa saja…semoga terjawablah soalan2 di kepala kita ni…amik point yang penting2 jerk…hihihii enjoy the reading yo!~


Apakah itu kerak kepala?


 Kerak kepala adalah permukaan kulit yang looks like kelemumur yang parah (yang selalu Nampak pada org dewasa tu). Ia akan kelihatan seperti satu kawasan merah atas kulit kepala yang baru lahir...and kulit merah tu seolah2 diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Actually,  sisik-sisik itu akan mula tertanggal..tak pun, ianya akan seolah2 kering, mengelupas and senang untuk dibuang, macam kelemumur yang kering..
Kengkadang, kerak kepala pun boleh menutup seluruh kulit kepala…kengkadang jugak, ia boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung. Tapi kalau dah timbul kat tempat lain tu, ia dipanggil ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala selalunya berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan. Ia selalunya timbul masa tiga bulan pertama kehidupan bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan..depends. Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi yang sedang bertatih. Eventhough kerak kepala tu nampak agak buruk, tapi ia taklah gatal dan tak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak merbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.


Apa yang menyebabkan kerak kepala ni muncul?
Based on artikel tu,  ianya hanyalah disebabkan hormon yang tertinggal dalam badan bayi dari saat kehamilan. Hormon itu merangsangkan sekresi dari kelenjar yang ada pada kulit kepala, membuatkan sel-sel kulit atas kepala bayi melekat ke kulit kepala. Sekresi berkurangan beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran..tu lah sebabnya ia boleh hilang begitu sahaja after a few months. Also mention that ianya dikaitkan dengan sejarah kondisi alergi keluarga, seperti ekzema, termasuk masalah dermatitis seborea lain, iaitu kelemumur, di masa dewasa kelak.

Berapa lamakah ianya berlanjutan?
Ia selalunya hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan selepas kelahiran. Dalam kebanyakan kes ianya akan hilang apabila usia anak dah masuk dua tahun, tetapi boleh berlanjutan atau datang semula secara bertompok-tompok untuk masa yang lebih lama. Tu dah kira dating as kelemumur laaa…

Camaner nak buat kalau ada kerak kepala ni? Boleh rawat kah?
Memang la kerak kepala ni boleh hilang ngan sendiri nya, tapi ada yang tak selesa dengan rupa kerak tu sendiri. So, kat sini terdapat beberapa cara yang kita boleh cuba untuk menanggalkan sisik-sisik itu =).
• Basuh rambut bayi secara kerap dengan syampu bayi. Then, tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut. Slow2 okay..sebab kepala bayi kebanyakannya masih lembut.
• After mandi, gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi, biarkan sekejap (kalau semalaman lagi bagus)..bile dah kering, boleh la tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.
*kira buat setiap kali mandi and after mandi…sambung lagi after mandi, then syampoo lagi, then sapu minyak after mandi lagi…dan lagi dan lagi dan lagi…

Ada jugak kes-kes yang teruk, contohnya macam kerak kepala itu berubah menjadi radang atau mendapat infeksi, bawak lah pegi check up. Biasanya doktor akan mempreskripsikan krim antifungus, seperti krim 2 peratus ketokonazola. Please elakkan dari mengikis lapisan kerak atas kepala ini, sebab ia akan meninggalkan kesan tompok-tompok merah yang boleh terkena jangkitan kuman or infection.

Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, but to play safe, talk to the doctor or specialist in paediatric if the condition still remain the same or even worst. Especially kalau ianya nampak macam dah merebak ke muka atau leher bayi.

Hope it will helps for those who needed….
Kengkadang zaman moden ni macam2 kan…ada yang boleh dielakkan awal2  ataupun diubati secara traidiosional…ada kesinambungan artikel menyatakan sapu dengan limau purut pun caghe jugak… tapi ada gak parents yang lebey gemar trus rujuk pada yang pakar…terpulang masing2…
Pada aku, sapu minyak zaitun adalah jalan yang lembut and safe..malah macam terjamin…
Wallahualam…

No comments:

Post a Comment

cLicK² → ChURp²